Wednesday 6 June 2012

I do love comics..

Time korang tengok tajuk tu mesti korang dah terbayang aku sedang baring sambil posing gaya Christina Aguilera dengan muka yang comel bak Doraemon with a pink bunny suit with a pink big nose *menjerit Amwita yang sedang tidur nyenyak dengan cacing tanah* sambil baca komik Detective Conan .. laa komik yang ajar korang camne nak bunuh orang dengan cara yang menarik ... tapi sebab budak yang d*** tu korang boleh kantoi...For your information, aku waktu kecik2 dulu suke sangat2 baca komik sampai aku selalu kantoikan pembunuh2 kat office Uncle Mayyori aku... waktu dulu jugak lah kan, aku pernah simpan lebih 30 buah buku kat banglo aku tu.. sebab aku addict giler dengan komik gak lah aku menyimpan minat nak buat komik aku sendiri bila dah besar macam Mr. Agent Kay Men In Black nanti... time tu kan, aku ade lah buat komik2 bodoh yang aku dapat idea dari komik2 waktu tu...aku nak share lah sikit komik2 yang pernah aku buat waktu aku Omeyll dulu....




#1 Twinkie
Ni adalah komik first sekali yang aku buat... *meremang semua bulu aku tengok "benda"  tu senyum* readers tak pelik ke laki macam Fahrin Ahmad ni lukis benda pelik macam ni?? family aku tak tau pun aku pernah buat komik dengan lukisan camtu .. bila mama aku tanye,

"Sape yang lukis patung pelik ni??"
"Adik, mama..."

Ape korang ingat muka handsome macam aku ni tak pandai menipu ke?? *angkat kening* kalau korang nak tau, aku ni lah budak paling sopan, baik, bla...bla.. *memang nak kena lempang dengan boot RM379 aku ni..* bila aku ingat balik citer ni, aku hairan pulak, camne lah aku boleh buat komik camni? tak kena dengan muka betullah komik ni walaupun baru je sikit aku buat tapi dah rancang sampai nak buat buku 5?!?! aku ni kan kuat berangan sampai ke Singapore, tapi yang pelik tentang buku ni lah kan, setiap siri tu mesti tukar rupa... Book 1 tu jadi patung pelik atas tu, Book 2 ade rambut pulak Book 3 dah hilang segala telinga .. Book 4 pulak kahwin pulak dorang *aku teruja sangat nak kahwin dengan Lisa Surihani waktu tu* Book 5 jadi manusia pulak dorang.. pelik2 *sambil goyang kepala*



#2 Poring
Kalau yang pernah main game Ragnarok tu mesti kenal dengan monster atas tu...  *comelnye* bising betullah readers ni.. komik ni kan, aku ambik monster2 tu *comelnye* jadi character dalam komik aku .. mesti readers kat luar sane cakap aku poser , sukati aku lah, dah otak aku masih macam Shin Chan waktu tu, ape nak buat..... cara aku nak bezakan monster tu *comelnye* dengan yang lain aku tambah je rambut, telinga, topi lah segala... korang ni memang nak kena lah..... Aisam!! *comelnye*  thank you for that praise ... *menjerit mak kepada anak jiran sebelah* aku memang takde idea time tu, jadi aku pakai je character ni... and jalan citer ni pun aku ambik bulat2 dari game dye.. aku buat monster ni ade kuasa *eh, takde bunyi lagi dah?* Poring tu jadi main characte dye, dye jadi Acolyte.. (boleh heal2 tu yang nak bunuh semut pun tak mati2)




#3 Shape
Ni lah citer aku yang paling pelik dalam sejarah hidup aku... time tu aku tengah di tahun 4 kot, aku masih belum pandai melukis sangat, tapi teringin lah nak buat komik, so aku buat lah citer ni... yang aku ingat dorang bertiga ni kawan, pergi perhimpunan pastu kena tangkap pengawas.. kenapa dorang kena tangkap tu aku tak tau, mesti korang fikir aku layak buat citer kat dalam channel Play House Disney kan? No,no,no aku nak letak citer ni kat AXN biar seluruh dunia tau aku ni berbakat dalam buat cerita kanak2.. *big clap*


Sampai di sini je lah aku nak share dengan readers2 yang tengah syok tengok blog aku ni,(kau sedarlah sikit followers kau baru je 7 orang) aku mungkin akan balik ke U.K. , ye lah kan, aku ni kan orang putih gitu... aku nak balik ke hostel sebab kitorang ade latihan Wind Orchestra pertandingan tak lame lagi,, 1 Julai nanti... jangan lupe tengok muka aku nanti dekat youtube confirm ade, sebab waktu finale ni, dorang akan rakam gune camera *ye lah takkan lah pakai iPod kot(ape tu?)* .. dorang pasti rakam muka aku.. ye lah, Awal Ashaari on the stage..... ni ada satu video aku nak share dengan korang....


Tuesday 5 June 2012

I am playful

Mase aku masih muda2 dulu, waktu muka aku masih macam Maisarah .. aku suka sangat main, sampai Uncle Awal Ashaari aku pun dah tempang sebab asyik kena langgar kerusi berlian rumah banglo aku..... tu lah, aku dah pesan kat uncle aku , kalau nak kepung aku janganlah lari macam Ashton Kutcher, kan dah pakai kerusi roda emerald dah... aku tau lah aku ni comel bak Cupid Angel tapi janganlah nak cium pipi aku ni sampai kesan roti sambal terlekat kat pipi aku yang gebu ni.. teringat pulak aku pulak game2 bodoh yang aku main waktu kecil2 dulu .. bile dah besar ni, nak main kepung2 pun dah tak larat dah.. mane ke tidak nye, baru je lari 10 m dah berpeluh-peluh macam orang nak beranak kembar 12... kalau waktu kecik2 dulu, banyak giler idea nak main.. ni aku nak share sikit ape yang aku suka buat time aku masih boleh digelar Omeyll....



#Main jadi or kepung2 sampai nak berak pun tak sempat

Ni lah game yang paling famous amos dalam sejarah budak kecik aku.. game ni simple je kau kepung je siapa2 yang kau suka.... Ustazah Siti Zulaihah, *Fulamak, meremang bulu ketiak aku dengar name tu* Lisa Surihani, Selena Gomez, lantak kau lah... nak kepung siapa asalkan aku dapat tidur with my beautiful barbie doll.. bukan camtu lah... main jadi ni is something like pushing your friend into the toilet bowl and put some sh*t on his head... macam main kepung2 jugak, contoh lah eh, aku jadi Ady Putra, aku nak kepung 9 orang Aishwarya Rai, bila aku dapat pegang sorang daripada Aishwarya Rai yang seksi maut tadi, dye tu pulak yang jadi Ady Putra aku jadi Aishwarya Rai ... pastu camtu lah Life Cycle game tu... sampai sekarang aku masih tak tau ape objektif sebenar game tu walaupun 4 orang kawan aku dah koma ditolak aku sebab aku geram tengok dorang pakai seksi2 and yang 5 tu lagi jadi gila sebabnye aku tak tau, aku kepung je dorang tu dengan muka comel aku ..




#Polis and Peromparkz
Game ni mungkin popular gak walaupun sebab game ni lah kadar rompakan kat Malaysia semakin meningkat, aku pernah gak main game ni walaupun sekali sekala je, last time aku main game tu time aku dengan "tak sengaja" baling budak tu dengan buah durian sebab dia cuba nak lari walaupun aku dah peluk die kuat2 macam teddy bear sampai biru sikit aku tengok muka dye... nasib baik polis lepaskan aku, selepas dorang tengok muka aku yang sebijik macam Awal Ashaari ... game ni best je, mula2 tu, kau letak kaki Miley Cyrus korang tu dekat2, *This is the part that I hate the most..* pastu start lah jampi serapah Pak Kadong , nak dengar aku nyanyi sikit? Takpe je lah, takut readers tergoda dengan alunan suaraku yang  boleh membuat Christina Aguilera tertawan.. objektif game ni aku tau sikit. kalau kau jadi polis, kau mesti kejar perompak sampai dapat, sukati korang lah nak baling dorang gune tembikai ke, kelapa ke, asal dorang dapat ditangkap, by hook or by crook , yang perompak tu lari je lah, kalau dah kena tangkap tu, duduk elok2 nanti kena nasib yang same dengan Amwati a.k.a Christina Aguilera ...



#Ice and Water
Korang faham tak ape yang aku tulis kat atas tu? kalau tak faham meh sini aku baling iPhone 4s aku kat kepala botak korang tu.. yang faham tu jangan pulak buat2 tak faham... nanti aku suruh Mamah naik meminang readers yang masih single kat luar sane... ok, ice and water ni game biasa je, korang decide lah sape yang nak jadi icenye, or sape yang nak jadi waternye, kerja ice tu senang je, kepung je sape yang jadi water and pegang dorang, *bukan tampar, bukan belasah, bukan terajang* water yang dah kena pegang tu mesti berhenti bergerak sampai ade water yang lain pegang korang, jangan pulak mengada-ngada nak gerak sini lah, situ lah, nanti muka kau yang macam Yuna tu disimbah dengan Hydrobomic Acid a.k.a air liur Amwati, baru tau...

Do not forget every momment that you feel stupid but you still do it in the past,
because that will be the best thing that you ever done while you still called "cute"


Sampai ni je lah Awal nak share pasal childhood Awal *macam nak kena baling guna bola bowling je dye ni* kalau ade citer yang lagi best aku nak share, you will be the first person to read it...

    Sincerely,                                           
Aisam yang handsome lagi menawan lagi comel dari Adibah Noor 

A mail from Mysterious Girl


Ke hadapan Aisam yang handsome + comel + baik,

Kalau awak tengok surat mesti awak dah terlompat-lompat dalam bilik sambil berkata "Ada awek yang sangkut kat aku oi!!!!" Jangan pulak awak terberak-berak pulak pasni.. Saya ini bukanlah siapa2 kat awak, mungkin ini surat yang first and the last saya akan bagi kat awak, kalau awak tengah baca surat ini mesti saya sedang bertarung dengan doktor sebab dia nak cucuk jarum panjang kat tangan saya yang putih melepak bak Jaclyn Victor... Mesti awak tertanya-tanya siapa saya kan? Saya telah dimasukkan ke hospital selepas terjatuh daripada katil double-decker Leo Patania ... Kalau awak nak tau, saya telah membaca blog awak and saya sangat gembira awak memuji saya walaupun saya ni tak lah dikatakan cantik.. kawan-kawan saya selalu cakap muka saya macam Big Momma.. Who is her anyway? Tapi awak cakap saya ni macam Christina Aguilera and it makes me very happy...*Dah dia nak puji aku camtu janganlah yang lain sibok.. kang aku baling kereta BMW aku nanti padan muka* Sebab saya hantar surat ni melalui 14 orang gaji saya menggunakan Helicopter Persendirian adalah saya nak kongsi citer pasal couple ...

#Cinta Monyet
For me lah kan, tak perlulah budak2 sekolah especially, sibuk nak bercintan-cintun waktu sekarang.. pakwe2 and makwe2 korang tu maseh bodoh and tak tau ape itu cinta lagi... kang aku bagi dia pilih antara rumah banglo 4 bijik and 10 lolipop yang tak sampai 20 sen confirm dya pilih lolipop . Saya yang couple dengan Kavin tu pun sebab dye je yang nak kat Christina Aguilera versi Malaysia ni ..Kalau saya tau dye saje mainkan saya, bila saya mati nanti saya jadi hantu Justin Bieber and kepong dye sampai termuntah-muntah tengok muka saya..

#Over
Kalau kita tengoklah couple zaman sekarang, macam nak baling je tembikai 6 bijik kat kepala dorang sampai taik,donut,nasi, keluar dari lubang ************ .. Laden Bijani si kembar siam tu teringin sangat nak pisah dr badan siam dorang tu... tapi korang??? Terkepit-kepit macam nak kena gam pakai Glue Hand-made Mak Bedot je.. kang ku letak betol2 ... Bukan ape, kalau sayang tu tak perlulah terkepit-kepit sampai orang tengok pun macam nak baling kau dari Gunung Everest.. cuba tengok saya and Kavin , kitorang tak penah pun jalan2 sama2 kat jalan .. bukan ape, kitorang tak nak lah kitorang disumpah oleh Pak Kassim di sebelah Warung Pak Samad tu.. saya tak taulah, saya hanya nak think positive je... saya tak tau lah dye yang selalu cakap tak nak bila saya ajak dye jalan2 .. tak kan lah dye malu jalan dengan Big Momma ni kan?? Big Momma cantik tak?.. 

#Anak buatan sendiri
Kalau awak tengok ^ pun mesti awak tau dah ape yang saya nak kongsikan.. ni untuk laki sambal belacan + kicap kat luar sana.. except awaklah.. awak kan lelaki kacukan handsome + comel + baik yang saye nak bagitau ni, adalah laki yang sukati je merosakkan anak darassss Mak Peah .. ape kau ingat dorang tu tempat spray Makhluk berkepala bujur yang berekor ke?? Nanti aku rendam kau dalam Concentrated potassium hydroxide solution biar segala makhluk2 tu bertempiaran lari...

Sampai di sini saje lah surat saya, saya tau awak akan merindui saya, tapi saya mungkin takde harapan nak sembuh, saya cuma boleh mendoakan kejayaan awak, and satu lagi saya nak bagitau awak, JANGAN NAK PERASAN HANDSOME LAH!! KALAU AKU CAMPUR TAIK LEMBU DENGAN TAIK KAMBING LAGI HANDSOME LAH!! Tapi saya tetap akan merindui awak.. Last but not least, nak tak awak jadi a.a.........


Monday 4 June 2012

Hey, you look beautiful!

Assalamualaikum,

Sape beautiful tu? Aku tau mesti 90% readers akan fikir aku... sorry2 aku tak setuju langsung kalau readers cakap aku ni beautiful, kalau handsome ke, comel ke, tu aku setuju 102%.. *Terjerit anak dara rumah sebelah.. (bukan terkejut tapi tak nak mengaku aku ni comel) So, mesti readers tertanya-tanya anak dara malang mane yang aku puji "beautiful" ni? Kalau readers nak tahu, readerslah yang beautiful (anak dara je heh, yang laki tu malas nak puji handsome nanti kembang hidung mengalahkan perut Afdlin Syauki) yang girls tu pulak jangan syok sangat bila dipuji beautiful tu aku tak nak disabit bersalah sebab menyebabkan seorang gadis mati jatuh daripada katil double-decker sebab dipuji beautiful walaupun lubang hidung dya lebih besar daripada buah tembikai.. mesti readers hairan kan kenapa pulak mamat comel + handsome + kiut + ... puji aku? Aku bukannya nak 20 sen readers yang terselit dalam poket kedua dalam jeans Lee Leola tu.. Sebab aku puji girlss kat luar sana tu sampai Amwita (Budak yang jatuh dari katil double-decker) pergi ke tempat yang sepatutnya dia pergi 50 tahun lagi adalah.. korang memang cantik pun sejak zaman Adam dan Hawa lagi.. kalau tak takkan lah aku boleh tersangkut lebih 58 orang girlss sejak aku 2 1/2 tahun lagi..Tak kesah lah readers tu cantik bak Selena Gomez ke, or secomel and menawan bak Amwita (eh, dye ni lagi? bukan dah pergi kubur eh?) tidur tepi jalan yang pakai baju seksi mengalahkan Christina Aguilera .. korang lah yang the best di hati a...a.. orang yang menganggap korang the best dalam hati doranglah.. maybe aku, maybe Kavin (pakwe Amwita ) *Sejak bile pulak Amwita ada boyfriend???* maybe sesiapa saje orang yang menyayangi korang..

You are damnly beautiful

Girls2 yang cantik molek intan payung gunung berapi,
Kalau korang rase korang tu cantik, menawan, indah bak bunga taik ayam jadi lebih cantik tak kalau pakai baju yang terbelah dari hulu Sungai Amazon sampai ke hilir Sungai Nil? Mestilah kan... kalau aku tengok pun terlilih air liur sampai dapat dibuat untuk mandi gajah Somalia .. Nasib baik aku yang tengok, kalau Kavin yang tengok? Habis kau dikepung dye sampai terberak-berak kau, terpaksalah aku bekalkan kau lampin Huggies Dypers .. korang tau tak bahaya pakai baju tu?? Cuba korang pakai baju elok2 .. labuh macam Cinderella yang jalan je pecah kasut kaca dye tu, darah jatuh membasahi bumi cinta ini.. yang atas pulak tutup dengan baju yang longgar and tertutup segala "gunung-gunung" yang bila-bila masa saje boleh meletus larva api yang boleh membunuh 2/3 penduduk lelaki di Indonesia.. yang tangan tu tak perlulah di tunjukkan lepas mandi pakai sabun Lux letak kertas pasir pun jatuh sebab licin sangat.. pakai baju lengan yang panjang  sampai Izzah Ombak Rindu dalam citer Pontianak Harum Sundal Malam pun boleh kalah.. Dengar tu Ms.Bean Orilica?





 


Awek2 cun yang direndam dalam Hydrochloric Acid 40 kali pun masih cun,
Kalau aku jalan2 kat Jalan Haji Taha tu nanti selalu gak aku terjumpa mamah (1/2 mamat + 1/2 minah) aku ingat tu awek 100% tulen, tapi ade gak yang 98.2% tulen.. Muka cantik, jalan pun menggoda, bila tegur, "Hai bang" garau tu mengalahkan Rozita Che Wan.. yang aku nak citer ni, bukan pasal mamah cantik *Termuntah semua 4 kek Big Apple yang aku makan petang tadi* tapi perangai anak darass Mak Limah,.. korang lah tu!! Nak berdalih pulak..  jangan pulak muka je lawa tapi perangai mengalahkan The Big Red Baboon with a big red ass with a big red face .. terpaksa aku batalkan hantaran RM40,000 untuk aku nikah.. *dengan hati yang sedih* tapi takpe, aku akan petik jari aku yang ke-2, confirm Lisa Surihani akan cari aku..


The Girls will always be the most beautiful person in my life, no matter who they are, where they come from or what they are..

Tu je lah yang aku nak share pada malam yang tak seberapa indah ni, and, by the way *speaking pulak mamat ni, aku baling porsche bapak aku baru tau* Semua nama yang aku letak kat entry takde kena mengena dengan yang masih syok main Music Chairs , mahupun yang sedang main hide and seek dengan ular and kala jengking..


Truthly and never true than the truth of
Aisam a.k.a Awal Ashaari Clonning

Everyone is beautiful in their own way

Lame dh tak update blog aku ni.. Tu lah, Form 4 katakan... Dengan homeworknya lagi, kerja-kerja cikgu dye lagi.. alahai.. memang busy.. teringin pulak nak balik ke Form 3 walaupun aku tahu aku masih layak jadi Form 1 sebab aku ni kan comel :3.. *memang nak kena lempang dengan boot saiz 8 ni.By the way, kalau readers perasan lah, aku baru je delete entry-entry aku yang lepas, sebabnye? aku rasa lah kan entry-entry lama aku dulu boring and buruk and aku takde followers pun and tak cantik(buruk and tak cantik lain ke?) and too private *speaking pulak mamat ni, aku simbah Hydrochloric Acid kat muka kau baru tau .. And aku rasa lah kan blogging ni best walaupun aku ni budak asrama, mestilah susah update blog ni selalu tapi I will try my best to give the best to my readers..


Laa.... jauh menyimpang pulak aku ni, tadi cakap nak pergi ikut Jalan P.Ramlee tapi menyimpang pulak ke Jalan Menggris tempat ape tu aku pun tak tau.. aku nak cakap sesuatu pasal Beautiful . Aku tau lah aku ni comel bak Doraemon yang pakai Bunny Suit sambil buat Poll Dance *jangan pulak readers muntah darah pulak baca benda ni.. tapi setiap orang mesti ada style dorang sendiri kan? Ade yang nak jadi macam Taylor Swift yang boleh hilang dalam baju putih yang dicuci dengan Dynamo , ade pulak yang nak jadi segagah and semacho Ady Putra yang diimport dari Singapura... Kita boleh jadi ape je yang kite nak.. Tapi kita lupa sesuatu... iaitu ourselves.... Kenapa kita perlu jadi cantik and handsome? Supaya bila aku petik jari je, 14 awek Arab, 21 awek Putih, 83 awek Melayu kepung aku and cakap "Aisam!! We Love You!!!" sebab everyone want to be beautiful is one... to attract attention from people surrounding..

Beautiful is one of Allah's greatest gift to us.. use it wisely

Tu ayat yang aku buat sendiri tau.. hehe... hebat tak aku? Doktor A.Samad Said pun kalah.. Readers tau tak, setiap orang ada kecantikan dye sendiri.. cuma lain je daripada orang lain.. macam aku, aku comel, baik, kiut, comel, baik, kiut, ...x99 kalau tulis kat kertas mahjong confirm tak cukup ruang.. *Jangan jealous eh... cuba readers tengok lelaki yang muka macam sambal belacan + air susu pastu di campur dengan taik lembu boleh kahwin dengan awek yang buat clonning Scha Alyahya tak ke pelik tu?? Memang tak pelik... Sebab tak banyak girlss kat luar sana yang sanggup kahwin dengan orang camtu.. walaupun Lelaki sambal belacan + .... tu hodoh, tapi dye boleh mengalahkan kehandsomean Fahrin Ahmad and Aaron Aziz sebab dye mempunyai kecantikan dari segi lain; hati.. Macam aku ni, dh lah comel, baik lagi tu .. memang pilihan #1 girlss lh.. macam nak kena baling ke dalam sungai Amazon je aku ni.. walaupun aku selalu gak cakap aku ni comel, tapi aku tak pernah sekali pun dalam hidup aku fikir aku ni comel *Betul ke?* sebab aku tau aku ni tak handsome, kalau nak dicompare aku dengan Awal Ashaari of courselh aku yang menang.. tak macam budak-budak kat luar sane tu.. dahlah g****, pakai lagi baju seksi tahap Dewa , ye lah kan, "Gunung Everest pun nak hirup udara segara jugak.." tapi tak perlu lah sampai ke tahap tu..

Just be yourself, because some day someone will realise how beautiful you are just wait for them to come for you..

Aku harap pasni, readers akan sedar, kecantikan luaran takde gunenye.. Malaikat Malik tak kan accept kau ke syurga directly kalau dye tengok kau tu cantik bak Shila Majid, Allah akan tengok hati and ape yang kau dah buat selama ni kat bumi ciptaanNya..