Lame dh tak update blog aku ni.. Tu lah, Form 4 katakan... Dengan homeworknya lagi, kerja-kerja cikgu dye lagi.. alahai.. memang busy.. teringin pulak nak balik ke Form 3 walaupun aku tahu aku masih layak jadi Form 1 sebab aku ni kan comel :3.. *memang nak kena lempang dengan boot saiz 8 ni.By the way, kalau readers perasan lah, aku baru je delete entry-entry aku yang lepas, sebabnye? aku rasa lah kan entry-entry lama aku dulu boring and buruk and aku takde followers pun and tak cantik(buruk and tak cantik lain ke?) and too private *speaking pulak mamat ni, aku simbah Hydrochloric Acid kat muka kau baru tau .. And aku rasa lah kan blogging ni best walaupun aku ni budak asrama, mestilah susah update blog ni selalu tapi I will try my best to give the best to my readers..
Laa.... jauh menyimpang pulak aku ni, tadi cakap nak pergi ikut Jalan P.Ramlee tapi menyimpang pulak ke Jalan Menggris tempat ape tu aku pun tak tau.. aku nak cakap sesuatu pasal Beautiful . Aku tau lah aku ni comel bak Doraemon yang pakai Bunny Suit sambil buat Poll Dance *jangan pulak readers muntah darah pulak baca benda ni.. tapi setiap orang mesti ada style dorang sendiri kan? Ade yang nak jadi macam Taylor Swift yang boleh hilang dalam baju putih yang dicuci dengan Dynamo , ade pulak yang nak jadi segagah and semacho Ady Putra yang diimport dari Singapura... Kita boleh jadi ape je yang kite nak.. Tapi kita lupa sesuatu... iaitu ourselves.... Kenapa kita perlu jadi cantik and handsome? Supaya bila aku petik jari je, 14 awek Arab, 21 awek Putih, 83 awek Melayu kepung aku and cakap "Aisam!! We Love You!!!" sebab everyone want to be beautiful is one... to attract attention from people surrounding..
Beautiful is one of Allah's greatest gift to us.. use it wisely
Tu ayat yang aku buat sendiri tau.. hehe... hebat tak aku? Doktor A.Samad Said pun kalah.. Readers tau tak, setiap orang ada kecantikan dye sendiri.. cuma lain je daripada orang lain.. macam aku, aku comel, baik, kiut, comel, baik, kiut, ...x99 kalau tulis kat kertas mahjong confirm tak cukup ruang.. *Jangan jealous eh... cuba readers tengok lelaki yang muka macam sambal belacan + air susu pastu di campur dengan taik lembu boleh kahwin dengan awek yang buat clonning Scha Alyahya tak ke pelik tu?? Memang tak pelik... Sebab tak banyak girlss kat luar sana yang sanggup kahwin dengan orang camtu.. walaupun Lelaki sambal belacan + .... tu hodoh, tapi dye boleh mengalahkan kehandsomean Fahrin Ahmad and Aaron Aziz sebab dye mempunyai kecantikan dari segi lain; hati.. Macam aku ni, dh lah comel, baik lagi tu .. memang pilihan #1 girlss lh.. macam nak kena baling ke dalam sungai Amazon je aku ni.. walaupun aku selalu gak cakap aku ni comel, tapi aku tak pernah sekali pun dalam hidup aku fikir aku ni comel *Betul ke?* sebab aku tau aku ni tak handsome, kalau nak dicompare aku dengan Awal Ashaari of courselh aku yang menang.. tak macam budak-budak kat luar sane tu.. dahlah g****, pakai lagi baju seksi tahap Dewa , ye lah kan, "Gunung Everest pun nak hirup udara segara jugak.." tapi tak perlu lah sampai ke tahap tu..
Just be yourself, because some day someone will realise how beautiful you are just wait for them to come for you..
Aku harap pasni, readers akan sedar, kecantikan luaran takde gunenye.. Malaikat Malik tak kan accept kau ke syurga directly kalau dye tengok kau tu cantik bak Shila Majid, Allah akan tengok hati and ape yang kau dah buat selama ni kat bumi ciptaanNya..







rsa comel, hakhak
ReplyDeleteskali-skala.. hehe
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete